[RASMI] : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Sepanjang Bulan Ogos 2021 Untuk Golongan B40 Seluruh Malaysia
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sangat ramai masyarakat yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menyebabkan ramai orang tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti selalu. Pasti ramai antara anda semua adalah merupakan individu yang terkesan dan sedang menantikan pemberian bantuan daripada pihak kerajaan bukan?
Untuk makluman, pihak kerajaan tidak pernah pun sisihkan rakyat dalam usaha menangani wabak Covid-19. Pelbagai bantuan telah pun diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi semua golongan tanpa ada yang tersisih. Bantuan apa yang akan anda terima dan disalurkan pada bulan Ogos 2021 ini?
Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui senarai penuh bantuan kerajaan yang akan disalurkan pada bulan Ogos ini untuk semua golongan rakyat di Malaysia.
SENARAI PENUH BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2021
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Untuk pengetahuan anda, ramai yang terkesan melibatkan golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 akan menerima bantuan tunai secara berperingkat. Peringkat pertama adalah bermula pada bulan Ogos 2021. Kelayakan adalah berdasarkan data-data dalam sistem BPR 2021 seperti berikut:
Miskin Tegar
- Isi Rumah : RM500
- Bujang : RM200
- Isi Rumah : RM500
- Bujang : RM200
- Isi Rumah : RM250
- Bujang : RM100
i-Citra KWSP
Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan
- Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.
- Maksimum RM1,000 setiap keluarga setiap bulan.
Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia
- 500 pekerja setiap majikan
- Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
- Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Post a Comment
0 Comments