Permohonan Program Sewa Sambil Beli Rumah 2021


Khas untuk rakyat di negeri Selangor, Kerajaan Negeri memperkenalkan satu skim yang membolehkan anda menyewa dan memiliki rumah iaitu skim Smart Sewa Selangor. 

Skim Smart Sewa Selangor ini merupakan skim yang menawarkan sewaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku


Tempoh Sewaan

Pemohon yang layak untuk mendapatkan Smart Sewa Selangor akan menerima tempoh sewaan seperti berikut:

  1. Minimum: 2 tahun
  2. Maksimum: 5 tahun

Lokasi Rumah Smart Sewa Selangor

Pelaksaan Smart Sewa Selangor ditawarkan di seluruh Negeri Selangor dan lokasi rumah yang ditawarkan boleh disemak melalui http://phssb.com/skim-smart-sewa/





Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

1. Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas dan bekeluarga atau mempunyai tanggungan

3. Pendapatan isi rumah:

  1. Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan kebawah bagi permohon sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah
  2. Tidak melebihi RM15,000 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah

4. Pemohon atau sumi / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor

5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja

6. Pemohon adalah pengundi di Negeri Selangor


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

1. Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/ atau ambil borang permohonan di alamat yang diberikan

2. Isi borang dengan lengkap dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan

3. Hantar borang permohonan ke emel smartsewa@phssb.com atau ke alamat berikut

Perumahan Dan Hartanah Selangor SDN BHD
Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama-sama borang permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah / surat pendagtaran perkahwinan / surat cerai
  3. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  4. Penyata gaji 3 bulan terkini
  5. Salinan KWSP
  6. Salinan penyata bank 3 bulan terkini
  7. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  8. Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  9. Salinan bil elektrik dan bil air terkini kediaman sekarang
  10. Salinan daftar undi

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi 

  1. Pejabat: 03-5102 9612 / 019-333 0976
  2. Pn Fatehah: 017-938 7537
  3. Cik Ros: 017-416 3990
  4. En Afizie: 019-440 6828
  5. Cik Rosha: 0116-424 4887
  6. En Shafawi: 011-13020487

Post a Comment

0 Comments