Permohonan Pembiayaan Pembinaan Rumah RM60,000 Seunit Untuk B40


Khas untuk rakyat di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri menyediakan satu inisiatif untuk membantu rakyat di Negeri Sembilan bagi memiliki rumah di atas tanah sendiri iaitu Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.

Pelaksanaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan merupakan sebahagian daripada inisiatif yang telah diumumklan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun dalam Belanjawan 2021 Negeri Sembilan.


Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan

Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021. 

Ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah.

Konsep program ini adalah pembiayaan pembinaan rumah bernilai RM60,000 seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25 tahun.

Program pembiayaan Rumah Harapan Rakyat ini terhad kepada 70 unit sahaja dan permohonan dibuka sehingga 6 September 2021.


Kos Rumah & Kadar Bayaran Setiap Bulan

Melalui program ini, kos pembinaan rumah adalah RM60,000 seunit.

Setelah rumah siap, pemohon akan membayar semula kos tersebut dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25 tahun.

Dan kadar bayaran yang ditetapkan setiap bulan adalah serendah RM200.



Syarat-Syarat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat untuk memohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 21 hingga 50 tahun
  2. Pemohon sama ada bujang atau berkahwin. Jika sudah berkahwin, pasangan juga hendaklah Warganegara Malaysia
  3. Pendapatan bulan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
  5. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh sahaja), dan bersesuaian bagi pembinaan rumah serta bebas daripada gadaian/bebanan
  6. Keluasan minimum tanah tidak kurang 2,500 kaki persegi
  7. Tanah untuk tapak pembinaan mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Bentuk muka bumi yang rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
  8. Keutamaan diberi kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Buka laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) di http://www.pknns.gov.my/index.php/component/content/article/9-uncategorised/355-program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
  2. Klik pada bahagian borang dan muat turun.
  3. Isi borang dengan lenkap dan betul
  4. Hantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke alamat 

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Bahagian Teknikal, 23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan


Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri / Suami)
  3. Salinan Kad Pengenalan Waris
  4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian / Akuan Sumpah
  5. Salinan Kad Pengenalan / MyKid anak / tanggungan yang tidak mempunyai MyKid atau berumur bawah 12 tahun
  6. Salinan penyata akaun bank
  7. Slip gaji terkini pemohon 3 bulan terakhir
  8. Slip gaji terkini pasangan (isteri / suami) 3 bulan terakhir
  9. Surat Pengesahan Pendapatan (jika ada)
  10. Penyata KWSP pasangan (suami / isteri), Penyata tahun semasa (jika berkaitan)
  11. Gambar rumah terkini
  12. Gambar tapak cadangan
  13. Salinan hakmilik tanah
  14. Salinan Sijil Carian Rasmi (boleh dapatkan di Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan)
  15. Pengesahan Ketua Adat (jika berkaitan)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi PKNNS di talian 06 - 761 6871 atau layari laman web PKNNS di http://www.pknns.gov.my/

Post a Comment

0 Comments