Permohonan & Semakan Pertukaran Guru (eGTukar ) - Permohonan Dibuka Mulai Januari 2022!




Tarikh Permohonan eGTukar 2021

Tarikh Buka : Bermula Januari 2022 


Berdasarkan kepada surat siaran di laman web rasmi eGTukar KPM, permohonan untuk proses pertukaran guru antara bahagian / negeri / antara daerah / dalam daerah bagi tahun 2021 KPM kini boleh dibuat secara online dengan log masuk ke modul eGTukar. 

Berikut dikongsikan maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohonan. 


Syarat Permohonan Pertukaran Guru 


  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan. 
  3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM.


Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran 


  1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  2. Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  4. Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  5. Guru DG42 yang sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat


Cara Memohon eGTukar Online


Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGTukar. 

Anda mestilah memastikan maklumat guru telah dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal. 

Permohonan hanyalah secara online dan semua permohonan mestilah dilakukan pada tarikh yang ditetapkan sahaja. 


Cara Login eGTukar & Permohonan Pertukaran


  1. Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
  2. Masukkan ID Pungguna, Kata Laluan, dan No Kad Pengenalan
  3. Klik OK
  4. Anda akan dibawa masuk ke dalam sistem eGTukar
  5. Klik PERMOHONAN
  6. Lengkapkan maklumat permohonan 
  7. Anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen yang diperlukan
  8. Klik HANTAR setelah melengkapkan permohonan
  9. Simpan (Save) salinan permohonan anda
  10. Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
  11. Log keluar sistem jika sudah selesai membuat permohonan


Maklumat Lanjut


Bagi maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran anda boleh merujuk kepada :

  1. Pejabat Pendidikan Daerah
  2. Jabatan Pendidikan Negeri
  3. BPLTV
  4. BPI
  5. BPSBP
  6. BPKHAS
  7. BSKK


Klik SOALAN LAZIM untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

0 Comments