myBSN: Cara Daftar Dan Semak Baki Akaun Bank Online
Seperti bank-bank yang lain yang menyediakan perkhidmatan online banking, Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak ketinggalan juga dalam menyediakan perkhidmatan ini. Melalui myBSN, pengguna dapat semak baki akaun, pindah wang secara online ke bank lain, bayar bil dan pelbagai manfaat lagi.
Lebih-lebih lagi sekarang pemberian BPR, BKC dan bantuan-bantuan yang lain memerlukan pengguna untuk mempunyai akaun bank sendiri, dengan adanya myBSN, pengguna sudah tidak perlu kerap untuk ke mesin atm untuk cek baki duit anda.
Cara Buka Akaun Bank BSN
Untuk membuka akaun bank BSN, anda perlu ke cawangan BSN yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh BSN dari semasa ke semasa. Minimum untuk membuka akaun adalah RM50 bagi akaun BSN GIRO dan minimum yang perlu disimpan dalam akaun bank adalah RM10.
Cara Buka Akaun Online myBSN
Pertama sekali, anda perlu ke mesin ATM BSN untuk daftar nombor telefon anda dengan membuat pilihan pada pembankan internet atau cara buat bsn internet banking untuk pendaftaran dan registratrion.
Kemudian tentukan 6 angka PIN kad debit/kredit yang anda akan gunakan untuk daftar internet banking.
Setelah daftar nombor telefon dan 6 angka PIN kad debit/kredit, anda bolehlah melayari myBSN untuk lengkapkan pendaftaran online banking.
Caranya dengan:
1. Layari myBSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
2. Klik pada 'Register'
3. Kemudian klik 'Accept' untuk bersetuju dengan terma dan syarat.
4. Setelah itu, anda akan dibawah ke laman seterusnya. Isikan maklumat mandatori yang diperlukan seperti
- Nombor kad debit/kredit
- Nombor pin kad (untuk kad debit sahaja)
- CVV2 (tiga digit yang tertera pada belakang kad debit/kredit.
- Tarikh luput kad debit/kredit
5. Isikan nombor kad pengenalan atau passport atau no tentera
6. Di laman seterusnya, masukkan username mengikut spesifikasi yang diberikan dan masukkan kata laluan (lebih dari lapan angka)
7. Masukkan OTP yang diperolehi daripada sms yang diterima melalui nombor telefon yang telah didaftarkan di mesin ATM.
8. Seterusnya pilih salah satu gambar yang tertera. Gambar ini akan digunakan untuk proses pengesahan.
Cara Log In myBSN Untuk Pengguna Berdaftar
Selepas anda lengkapkan pendaftaran akaun online myBSN, log masuk ke myBSN.
Masukkan username anda dan buat buat pengesahan gambar yang telah didaftarkan.
Kemudian masukkan kata laluan.
Setelah itu, isikan maklumat peribadi dan pilih soalan rahsia yang anda inginkan dan masukkan jawapan.
Dan SIAP!. Kini anda sudah boleh menggunakan akaun online myBSN untuk semak baki akaun, membuat pindahan wang dan macam-macam lagi.
Post a Comment
0 Comments