iSejahtera 2021: Cara Memohon & Semakan Status Pendaftaran Untuk B40
Untuk makluman, program Bantuan Ibu Tunggal atau lebih dikenali sebagai iSejahtera akan menawarkan bantuan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali. Sekiranya ibu tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris ibu tunggal.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti segala arahan dan panduan cara memohon yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. Semoga bermanfaat.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di negeri Pulau Pinang.
- Bercerai atau kematian suami.
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
- Tidak berkahwin semula.
- Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran salah seorang anak.
- Salinan kad pengenalan waris/penerima khairat.
- Salinan sijil kematian suami/dokumen penceraian/dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) - sila klik DI SINI untuk cetak dokumen SPR.
Post a Comment
0 Comments