e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Polis & Semakan Panggilan Ujian Temuduga



Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) bermula (Isnin) 23 Ogos 2021 hingga (Isnin) 20 September 2021. 


Kesemua calon bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) yang telah menduduki Ujian Integriti SPiER-PDRM pada tahun 2021 dikehendaki log in di sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan. 


Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan klik di 'Semakan Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan temu duga lisan dalam sistem e-Pengambilan PDRM. Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan. 




CARA PERMOHONAN ONLINE MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM


Untuk makluman, ePengambilan PDRM adalah merupakan sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status pengambilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah. 


Berikut dikongsikan cara melakukan permohonan polis melalui e-Pengambilan PDRM:

  • Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  • Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  • Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  • Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  • Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  • Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  • Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

SEMAK STATUS PANGGILAN MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan. 
  • Masukkan No.KP baru dan klik pada butang Semak. 
  • Status pengambilan akan dipaparkan. 
  • Sila cetak surat panggilan tersebut. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM): 

Post a Comment

0 Comments