Portal Manfaat : Cara Semak Senarai Bantuan Yang Layak Dimohon 2021



Bagi mengurangkan beban rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan. Bantuan tersebut diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pemberian wang tunai, pengurangan dan pengecualian cukai, diskaun bil dan lain-lain. 

Semasa pandemik di negara kita sedang berada di tahap yang membimbangkan, kerajaan tidak lepas dari memberikan bantuan yang pelbagai untuk rakyat yang terjejas. 

Disebabkan terlalu banyak bantuan yang diumumkan, mungkin ada yang terlepas pandang untuk menerimanya walaupun sebenarnya layak. 

Oleh itu, bagi memastikan anda tidak terlepas mendapatkan semua bantuan yang layak, kerajaan telah membangunkan Portal Manfaat




Dalam portal ini, anda boleh memeriksa dengan terperinci semua jenis bantuan yang layak anda terima. Anda hanya perlu menjawab soalan mengenai maklumat diri seperti keluarga dan pekerjaan dan ia akan menyenaraikan semua bantuan kerajaan yang layak anda terima. Terdapat juga cara memohon disenaraikan. 


Cara Membuat Semakan Di Portal Manfaat


Untuk mengaksesnya tidaklah sukar. Bermula dengan layari Portal Manfaat di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ dan klik butang Mula.

Di laman ini, anda boleh memilih antara Individu dan Isi Rumah, Perniagaan dan Majikan dan Komuniti.




Apabila anda memilih Individu dan Isi Rumah, anda perlu memberi sedikit maklumat peribadi. Soalan umum akan disertakan seperti jantina, golongan umur, status ketidakupayaan, status perkahwinan, tanggungan pekerjaan dan pendapatan isi rumah. Anda juga harus memberikan maklumat dengan tepat agar bantuan yang betul disenaraikan. Tekan butang 'Teruskan' setelah selesai mengisi maklumat. 




Selepas itu akan terpapar pilihan aspek bantuan. Terdapat 6 aspek dan anda boleh memilih satu atau lebih aspek. Lebih mudah jika anda pilih semua kerana anda boleh memilih untuk melihat senarai aspek selepas itu. 




Seterusnya, anda akan pergi ke laman akhir di mana ia akan menyenaraikan semua bantuan yang layak anda terima. Bagaimanapun, senarai ini hanya menerangkan secara umum bantuan yang layak. Anda masih perlu membuat permohonan untuk mendapatkan setiap bantuan ini, bergantung kepada terma dan syarat. 




Perkara yang sama juga dilakukan jika anda memilih Perniagaan atau Komuniti. Isi maklumat yang diperlukan dan anda akan dapat melihat senarai bantuan yang layak diperolehi. 





Jangan lupa untuk mendapatkan semua bantuan yang layak anda terima. Selain dapat membantu diri sendiri, dapat juga membantu mereka di sekeliling anda untuk meneruskan hidup di waktu mencabar akibat Covid-19. 


Maklumat Lanjut 


Sila layari laman web rasmi di pautan :

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

Post a Comment

0 Comments