Cara Renew Roadtax Kereta & Motor Melalui Pejabat Pos


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini dalam kenyataan mereka yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL / PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, JPJ menyarankan orang ramai agar membuat urusniaga secara online melalui portal mySIKAP dan myEG. Jika tidak dapat dilaksanakan secara online, orang ramai boleh melakukannya di kaunter JPJ dengan membuat temujanji online.

Pihak JPJ juga telah berbincang dengan POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia dan lebih 650 cawangan di seluruh Malaysia akan memulakan urusniaga bermula 9 Ogos 2021.

Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda cara untuk memperbaharui cukai jalan kereta dan motor melalui pejabat pos.


Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Renew Roadtax Di Pejabat Pos

  1. Buat semakan tarikh tamat tempoh insuran dan roadtax anda
  2. Sediakan geran kenderaan 
  3. Semak saman yang terdapat pada kenderaan anda, jika ada, anda perlu selesaikan saman dahulu
  4. Semak harga pasaran kenderaan bagi tujuan insurans


Syarat Untuk Renew Roadtax Di Pejabat Pos

  1. Anda boleh memilih untuk renew roadtax selama 6 bulan atau setahun
  2. Kenderaan perlu mempunyai perlindungan atau insuran bagi tempoh 6 bulan atau setahun
  3. Boleh renew roadtax jika tamat tempoh dalam masa 2 bulan
  4. Bagi kes pemilik meninggal dunia, anda hanya dibenarkan renew roadtac dalam tempoh 6 bulan sahaja dan tidak melebihi 5 tahun. Jika lebih daripada 5 tahun, anda perlu dapatkan kelulusan.
  5. Bagi kes kenderaan yang roadtax telah tamat tempoh melebihi setahun, kenderan perlu jalani pemeriksaan Puspakom dan lulus.


Cara Untuk Buat Temu Janji Online Cawangan Pejabat POS Malaysia

  1. Layari laman web POS Malaysia atau melalui aplikasi POS Malaysia
  2. Pilih menu Outlet Finder 
  3. Pilih Negeri Dan Cawangan Pejabat POS
  4. Tekan link "Book your JPJ service appointment"
  5. Isikan butiran temujanji
  6. Simpan slip temujanji sebagai bukti ketika hadir ke pejabat POS


Cara Renew Roadtax Di Pejabat POS

  1. Pastikan anda telah memenuhi syarat untuk renew roadtax
  2. Bawa dokumen yang diperlukan ke pejabat POS
  3. Ambil no giliran dan tunggu sehingga dipanggil
  4. Selesaikan urusan di kaunter dan buat pembayaran


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam memperbaharui roadtax kenderaan anda, anda boleh layari https://jpj.spab.gov.my/, menghubungi talian hotline myGCC di 03-8000 800 atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my


Post a Comment

0 Comments