Portal MySikap JPJ : Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Dengan Mudah Dan Cepat!


MySikap JPJ : Renew Lesen Secara Online 2021

Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, kerajaan terpaksa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Pelaksanaan PKP ini menyebabkan banyak premis atau tempat kerja terpaksa ditutup untuk mengurangkan kadar kebolehjangkitan virus yang sudah menular di negara kita. 

Oleh yang demikian, ketika PKP dilaksanakan ramai di antara kita yang menghadapi tarikh luput pada lesen memandu dan tidak dapat diperbaharui. Hal ini banyak menimbulkan kegusaran orang ramai kerana takut dikenakan saman oleh pihak berkuasa JPJ.

Namun, anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kini dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk perbaharui lesen anda. 

Nak tahu cara-caranya? Anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah :


Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Online 


Terdapat 2 cara untuk perbaharui lesen memandu anda iaitu melalui Portal MySikap dan melalui Portal MyEg

Jika melalui portal MySikap, sila ikuti langkah-langkah di bawah : 



Portal MySikap

  1. Layari laman Portal MySikap : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Jika anda pengguna baru, anda dikehendaki membuat pendaftaran kali pertama. Pada pendaftaran kali pertama, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal MySikap melalui email anda. 
  3. Setelah log masuk berjaya, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat dan menukar kata laluan tetap yang baru bagi menggantikan kata laluan sementara tadi. 
  4. Setelah selesai, log masuk semula dengan kata laluan tetap, dan anda akan di bawa ke laman utama MySikap dan klik bahagian lesen memandu.
  5. Kemudian anda klik pada "Pembaharuan Lesen"
  6. Sila pilih lesen anda yang ingin diperbaharui dan tempoh jangka hayat lesen anda. 
  7. Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian maklumat diri anda. Sila teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. 
  8. Apabila selesai, anda boleh membuat pembayaran dengan cara klik "bayar".
  9. Setelah itu, anda perlu cetak bukti pembayaran anda untuk rujukan pihak JPJ jika mahu ambil lesen baharu nanti. 

Portal MyEg

  1. Layari website https://www.myeg.com.my/
  2. Pilih "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)"
  3. Pilih "Perbaharui Lesen Memandu" 
  4. Isi maklumat peribadi anda
  5. Lakukan pembayaran

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran secara atas talian dan pertanyaan lain, anda boleh hubungi talian 03-8000 8000 atau ;

Layari portal MySikap https://www.myeg.com.my/

Post a Comment

0 Comments