Semakan Online
Cara Memohon Bantuan Khas Zakat RM300 Untuk Golongan B40 2021


Untuk pengetahuan anda semua, Lembaga Zakat Negeri Kedah kini telah membuka permohonan agihan zakat khas buat setiap keluarga yang terjejas daripada segi pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Kepada ketua isi rumah yang layak boleh melakukan permohonan melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat selewat-lewatnya pada 07 Ogos 2021.
Selain itu, hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.
Sila ikuti segala perkongsian di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan bantuan zakat yang ditawarkan.
KADAR BANTUAN
Para pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak:
- RM300
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dilakukan sepanjang tempoh berikut:
- 18 Julai - 7 Ogos 2021
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja yang akan dipertimbangkan:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan wabak pandemik Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM2,000 sebulan (gaji kasar).
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.
- Bukan penerima bantuan kewangan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
CARA MEMOHON
Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti di kategori berikut:
- Suami : Jika berkahwin
- Isteri : Jika bercerai
- Isteri : Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
- Anak : Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit
DOKUMEN SOKONGAN
Hanya permohonan yang lengkap bersama semua dokumen berikut sahaja yang akan dipertimbangkan:
- Kad pengenalan pemohon sahaja (depan dan belakang)
- Sijil nikah/surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan)
- Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang tidak bekerja atau tiada slip gaji, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
- Penyata akaun bank pemohon (akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
- Bukti Bermastautin Pemohon: bil elektrik/air/telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat pemohon).
- Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan (jika ada).
- Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat, sila hubungi talian berikut:
- Ibu pejabat: 019-4181740
- Baling: 04-4702428 / 013-4529155
- Bandar Baharu: 04-4079670 / 019-4738255
- Kota Setar: 04-7318005 / 019-5739155
- Kubang Pasu: 04-9171561 / 019-4967255
- Kuala Muda: 04-4411881 / 019-4122155
- Kulim: 04-4900873 / 019-5732155
- Langkawi: 04-9660179 / 019-4753155
- Padang Terap: 04-7866239 / 019-5172155
- Pendang: 04-7594515 / 019-4123155
- Pokok Sena: 04-7821513 / 019-5186155
- Sik: 04-4695895 / 019-4104255
- Yan: 04-4683482 / 019-4804155

Post a Comment
0 Comments