Cara Daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Secara Online 2021 - Perniagaan Enterprise

Pada masa sekarang, seseorang mempunyai perniagaan sendiri sama ada perniagaan yang kecil-kecilan ataupun perniagaan yang besar adalah perkara biasa. Namun, tahukah anda bahawa tidak semua perniagaan yang dijalankan adalah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? 

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan khusus buat Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu bantuan Geran Khas Prihatin (GKP). Bantuan ini adalah bagi membantu peniaga-peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan mereka dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan melalui GKP. 

Antara syarat yang diletakkan bagi memohon Geran Khas Prihatin ini adalah seseorang individu atau syarikat mestilah mempunyai Lesen SSM atau Lesen PBT di negeri masing-masing. 

Oleh itu, berikut dikongsikan cara-cara untuk mendaftar / membuat permohonan Lesen SSM secara online. 


Pendaftaran SSM Online


Kini, pendaftaran SSM boleh dilakukan dengan melayari laman web ezBiz pada pautan : https://ezbiz.ssm.com.my

Bagi permohonan baru, anda perlu mendaftar akaun Ezbiz terlebih dahulu dengan menekan butang Sign Up dan ikuti tetapan-tetapan yang disediakan.   



Setelah pendaftaran akaun berjaya, anda perlu pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terdekat dengan kawasan anda. 

Hal ini bertujuan untuk melengkapkan pendaftaran anda dan bagi membuat pengesahan biometrik (cap jari). Sila bawa bersama kad pengenalan semasa anda pergi ke pejabat SSM.

Setelah selesai, anda boleh mula menggunakan Ezbiz seperti biasa dengan mendaftarkan perniagaan anda.

Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM30 jika menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan, jika menggunakan nama lain, contohnya Enterprise, Trading, Resources dan lain-lain bayaran adalah sebanyak RM60 sahaja. 

Seterusnya, jika pendaftaran lesen anda berjaya, sijil SSM anda akan dihantar melalui alamat e-mel anda dalam bentuk format pdf dan anda boleh memuat turun sijil tersebut untuk dicetak.  

Semoga berjaya!


Soalan Lazim 


1) Berapakah Yuran Pendaftaran SSM? 

  • RM30 jika mendaftar perniagaan menggunakan nama sendiri
  • RM60 jika mendaftar perniagaan menggunakan nama lain (Enterprise/Trading/Resources dan lain-lain)   
  • Bergantung kepada nama perniagaan yang dipilih.   

2) Apakah nombor yang boleh dihubungi? 

  • Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor di talian 03-7721 400

Post a Comment

0 Comments