Semakan Online
BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran & Cara Semakan Status Secara Online
Bantuan Prihatin Rakyat ataupun lebih dikenali sebagai BPR telah dilancarkan oleh menteri kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.
Bagi mereka yang masih tertanya-tanya berkaitan dengan BPR Fasa 3, berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan semakan status pembayaran secara online.
TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3
Untuk makluman setakat ini masih belum ada tarikh yang terperinci diumumkan. Namun begitu, bayaran dijangka akan diterima pada bulan September 2021.
TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3
Untuk makluman setakat ini masih belum ada tarikh yang terperinci diumumkan. Namun begitu, bayaran dijangka akan diterima pada bulan September 2021.
JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
- Kurang dari 1 anak: RM500
- 2 anak dan ke atas: RM1,100
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
- Kurang dari 1 anak: RM200
- 2 anak dan ke atas: RM600
- Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
- Kurang dari 1 anak: RM100
- 2 anak dan ke atas: RM200
CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR FASA 3
Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Tekan butang "Semak Status"
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:
LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Post a Comment
0 Comments