Cara Memohon Bantuan Moratorium Automatik Tanpa Syarat Mulai 7 Julai 2021



Untuk makluman, moratorium automatik selama tempoh 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi semua peminjam individu B40, M40 dan T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut dan cara memohon bantuan ini. 


APA ITU MORATORIUM AUTOMATIK (PEMULIH)?


Untuk pengetahuan anda, moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40, M40 dan T20 serta usahawan mikro. 


Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada lagi sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk melakukan permohonan.


Sebaliknya, para peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga turut ditawarkan kepada para pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. 




CARA MEMOHON


Terdapat tiga saluran yang boleh anda gunakan untuk melakukan permohonan secara mudah dan cepat. Antaranya ialah: 

  1. Borang Web
  2. E-mel
  3. Panggilan telefon

Berikut adalah merupakan info grafik yang anda boleh jadikan sebagai rujukan sebelum melakukan permohonan. 





TARIKH PERMOHONAN 


Permohonan moratorium automatik ini akan dibuka pada 07 Julai 2021.

KELULUSAN SECARA AUTOMATIK

Para peminjam yang individu yang layak* akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari dan bagi peminjam PKS pula akan menerima pengesahan dalam tempoh 14 hari. 

NOTA: *Peminjam layak adalah peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan (winding up). 

1. Maybank - klik DI SINI
2. Affin Bank - klik DI SINI
3. Bank Rakyat - klik DI SINI
4. Bank Muamalat - klik DI SINI
5. Bank Islam - klik DI SINI
6. CIMB - klik DI SINI
7. BSN - klik DI SINI 
8. Hong Leong Bank - klik DI SINI
9. Public Bank - klik DI SINI
10. Ambank - klik DI SINI 
11. RHB - klik DI SINI
12. HSBC- klik DI SINI

Sila rujuk di bank masing-masing untuk terma dan syarat yang lebih terperinci. 


Post a Comment

0 Comments