Permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) RM300 Kini Dibuka



Pihak kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). 


Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan tinggal di Negeri Sembilan, kini anda boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan dan bayaran akan dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan permohonan. 


Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) melalui perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini. 


TEMPOH PERMOHONAN 


Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 30 Jun 2021 sehingga 30 Julai 2021

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai berjumlah:
  • RM300 secara one-off
  • Dibayar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut sahaja yang akan dipertimbangkan: 
  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan hilang pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tahun 2021.
  • Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar  bersama dokumen berikut: 
  • Salinan kad pengenalan pemohon. 
  • Salinan sijil nikah / cerai / kematian (mana yang berkaitan)
  • Surat pemberhentian kerja daripada majikan
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun

CARA MEMOHON

Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut: 

Pihak kerajaan negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang  tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. 






Post a Comment

0 Comments