Permohonan Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin 2021


Ramai yang tidak mengetahui Bantuan Ibu Bersalin (BIB) masih lagi diteruskan bagi tahun 2021 bagi pemohon yang layak. 

Anda boleh mendapatkan borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin ini dengan cara memuat turun secara online melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK). 

Berikut merupakan info lanjut berkenaan Bantuan Ibu Bersalin, syarat-syarat dan cara membuat permohonan. 


Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak  telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2021.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini. 


Syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia.

2) Ibu yang memegang Kad Pengenalan Sarawak iaitu berstatus 'K' atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K' (Sarawak Connection).

3) Melahirkan anak di dalam atau luar Sarawak.

4) Apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin, pendaftaran boleh dibuat. 


Dokumen Diperlukan

Setiap permohonan wajib dilengkapi dengan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan Ibu 
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus 'K'
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu
  5. Salinan buku akaun/penyata akaun
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi


Cara Memohon Bantuan Bersalin Ibu (BIB) 2021

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib atau
  2. Manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja)


Kaedah Penghantaran Borang

Anda boleh menghantar borang permohonan dengan cara berikut:

  1. Boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Kuching sahaja)
Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui


Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2021

KLIK DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Post a Comment

0 Comments