Permohonan Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM350 Sebulan 2021
Kerajaan Malaysia terus prihatin dalam menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Selaras dengan usaha itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diamanahkan untuk memberi bantuan kepada golongan yang terjejas. Pelbagai jenis bantuan telah diwujudkan dan salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan (BA) yang diberikan kepada golongan miskin serta keluarga yang tidak berkemampuan.
Bantuan Am Persekutuan ini adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan meringankan sedikit beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, bantuan ini juga bagi menampung keperluan dan perbelanjaan buat keluarga yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik dan selesa. Bantuan ini juga merupakan inisiatif jangka pendek Kerajaan membantu rakyat yang kurang bernasib baik sehingga golongan ini mampu berdikari sendiri. Golongan yang akan menerima bantuan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang diambil kira seperti jumlah bilangan anak / tanggungan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, keadaan serta kelengkapan rumah serta perbelanjaan harian pemohon atau keluarga.
Syarat Permohonan Bantuan Am Persekutuan
- Merupakan seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM930 di semenanjung Malaysia, RM990 di Sabah dan Sarawak serta RM1170 di Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan Pendapatan bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Merupakan keluarga miskin atau golongan yang memerlukan dan tidak menerima sebarang bantuan.
Ciri-Ciri Bantuan Am Persekutuan
- Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM100 sebulan untuk seorang dan maksima RM350 sebulan bagi sebuah keluarga.
- Tempoh bantuan diberikan selama 12 bulan atau setahun sahaja.
- Bantuan diberikan kepada kumpulan sasar atau keluarga miskin yang tidak menerima bantuan lain dari JKM.
Cara Memohon Bantuan Am Persekutuan
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi salah satu borang berikut yang disertakan di bawah :
- Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat siasatan serta penilaian terlebih dahulu setelah permohonan diterima dan didaftarkan. Hal ini bagi mengesahkan setiap permohonan adalah memenuhi syarat dan bantuan diberikan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.
- Pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti salinan MyKad Pemohon, salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan Sijil Kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
Post a Comment
1 Comments
Need help please
ReplyDelete