GKP 3.0: Bayaran Tambahan RM500 Buat Para Peniaga Seluruh Malaysia Mulai 8 Julai 2021



Melalui Belanjawan 2021, pihak kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan yang diberikan kepada para peniaga dan penjaja di negeri Sabah. Namun, melalui pakej PEMERKASA pihak kerajaan telah mengumumkan bayaran GKP Tambahan akan dinaikkan kepada RM1,500 untuk setiap peniaga. 


Penambahan kes penularan wabak Covid-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai peniaga yang terjejas berikutan daripada keputusan ini. 


Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengunguman pakej bantuan PEMERKASA telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara. Ikuti maklumat lanjut di bawah ini untuk mengetahui perkara berkaitan dengan bantuan ini. 


GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN)


Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan adalah merupakan bantuan kewangan secara one-off yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. 


SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN


Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum anda layak untuk menerima bantuan ini:

  • Penerima yang lulus GKP 1.0 
  • Penerima yang lulus GKP 2.0 
  • Pemohon rayuan GKP yang lulus

TARIKH SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Semakan kelayakan GKP Tambahan boleh dilakukan bermula pada 8 Julai 2021 melalui pautan berikut: 

TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda, tarikh bayaran GKP Tambahan dibayar secara 2 fasa seperti yang telah dinyatakan oleh pihak LHDN seperti berikut: 
  • Fasa Pertama (RM1,000) : Mulai 10 Jun 2021
  • Fasa Kedua (RM500) : Mulai 8 Julai 2021



KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Kaedah pembayaran GKP Tambahan adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu: 
  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. 
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 

Buat masa ini, tiada sebarang permohonan dibuka bagi GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang dinyatakan di atas. Para peniaga hanya perlu melakukan semakan pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Post a Comment

0 Comments