Cara Semakan & Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP Bermula 12 Julai 2021



Berita baik buat semua para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebuah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan bersetuju untuk memberi peluang kepada semua pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM5,000 daripada akaun mereka melalui i-Citra KWSP.


Untuk makluman, pelaksanaan i-Citra KWSP adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Seramai 12.6 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 


Selain itu, pengeluaran wang i-Citra KWSP juga telah diawalkan daripada tanggal 15 Julai ke 12 Julai 2021 (esok). Sila ikuti segala maklumat yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan cara memohon pengeluaran wang i-Citra KWSP. Semoga bermanfaat. 


TARIKH PERMOHONAN i-CITRA KWSP

  • Permohonan i-Citra boleh dilakukan bermula pada 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021



SYARAT KELAYAKAN
  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan. 
  3. Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak untuk memohon namun tertakluk kepada syarat kelayakan 1&2 seperti di atas. 

CARA MEMOHON 
  • Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Laman web ini hanya boleh diakses bermula pada esok hari (12 Julai 2021).
  • Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah memastikan bahawa nombor telefon bimbit telah dikemaskini bagi menerima TAC Code dan sila pastikan juga bahawa akaun bank peribadi aktif.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut: 


Post a Comment

0 Comments