Bantuan RM500 Untuk Semua Pekerja Terjejas Pendapatan Di Malaysia



Berita baik buat anda semua kerana baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebuah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga hari ini. 


Sangat ramai rakyat yang terjejas teruk dan kehilangan pekerjaan sewaktu pandemik Covid-19 ini berlaku. Hal ini amatlah serius dan merisaukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak bini. 


Untuk makluman, melalui pelan PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini, pihak kerajaan ada memberitahu dan berkongsi mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) bagi mereka yang terjejas pendapatan dan kehilangan pekerjaan. 


Ikuti maklumat lanjut berkaitan permohonan dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini. 


BANTUAN RM500 


Bantuan untuk rakyat yang terjejas pendapatan ini akan diberikan kepada mereka yang layak iaitu sebanyak 1 juta orang dengan jumlah bayaran bantuan sebanyak RM500 seorang. 


Sebanyak 1 juta orang sahaja yang layak untuk terima Bantuan Kehilangan Pendapatan ini dan sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan. 


CARA MEMOHON


Menurut Perdana Menteri dalam ucapan bantuan PEMULIH, bantuan ini akan mula disalurkan pada bulan Oktober 2021 nanti. Sila join channel Telegram ini untuk mengikuti perkembangan terkini bantuan RM500 ini. 


SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman anda, pada bulan Oktober nanti sebanyak RM500 akan disalurkan kepada:
  • Pekerja yang kehilangan pendapatan
  • Berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. 

Pihak kerajaan sedar bahawa kehidupan ramai di kalangan rakyat yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Semoga dengan adanya bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban kita semua. 



Post a Comment

0 Comments