Cara Memohon Bantuan RM100 Setiap Hari Untuk B40 Tahun 2021



Bantuan Nadma adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan daripada kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. 

 

Sila ikuti perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantun Nadma ini. 


KADAR BANTUAN NADMA 2021


Untuk makluman, bagi mereka yang layak, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari (maksimum). 


Bantuan ini adalah merupakan bantuan secara one-off dan akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh jangkitan Covid-19. Namun, jika kes berlaku berulang kali anda tidak akan diberikan bantuan lagi. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan: 

  • Rakyat Malaysia yang telah hilang sumber pendapatan/tidak dibayar gaji kerana terpaksa berkuarantin atas arahan KKM
  • Rakyat Malaysia yang bekerja tetapi telah hilang sumber pendapatan/tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital (warded) disebabkan Covid-19.

CARA MEMOHON

1. Jika anda menepati syarat kelayakan, sila muat turun segala dokumen berikut: 
2. Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar menggunakan pos ke: 

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 
Jabatan Perdana Menteri 
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya 

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

3. Antara dokumen yang diperlukan ialah: 
  • Borang-borang lampiran A & B, borang C (jika perlu) 
  • Salinan kad pengenalan
  • Dokumen asal KKM (discharge note/sijil cuti sikit etc..)
  • Salinan penyata bank

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk DI SINI

SEMAK STATUS KELAYAKAN

Sebelum melakukan sebarang permohonan, anda digalakkan untuk melakukan semakan kelayakan permohonan anda terlebih dahulu - klik DI SINI 

Untuk makluman, anda juga turut boleh melakukan semakan Bantuan Khas Pengurusan Kematian dengan memasukkan nombor kad pengenalan si mati. 

KAEDAH PEMBAYARAN

Jika anda lulus permohonan bantuan ini, bayaran akan dilakukan secara EFT (Electronic Fund Transfer) dalam tempoh masa 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan dilakukan. 

Post a Comment

0 Comments