Bantuan RM100 Barangan Dapur Selama 3 Bulan






Program PRIHATIN Kasih merupakan satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.




Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih merupakan bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke akaun MyKad mereka.

Ia boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.


Lokasi Pembelian

Penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:
  1. Mydin
  2. Giant
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)
  9. Kedai-kedai runcit yang terpilih


Bulan Pelaksanaan

  1. Julai - September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
  2. Ogos - Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  3. September - November 2021 / Oktober - Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak


Semakan Kelayakan

  1. Buka laman web MyKasih
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha
  3. Tekan butang "Semak Status"
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  5. Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI



Post a Comment

0 Comments