Permohonan Program Subsidi Upah (PSU 4.0) RM600 Seorang Mulai 1 Ogos 2021



Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021

Setiap majikan yang mengemukakan permohonan lengkap dengan maklumat yang betul akan menerima bayaran dalam tempoh tujuh hingga 14 hari. 

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0  


Apakah Program Subsidi Upah 4.0?

Dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.67 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) yang akan memberi manfaat kepada 2.74 juta pekerja dan 333,553 majikan di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed  beliau berkata, semua sektor mendapat manfaat daripada program ini bermula daripada PSU 1.0 hingga PSU 3.0

Setelah pengumuman PSU 4.0 jumlah peruntukan untuk program ini dijangka meningkat kepada RM15.82 bilion.

Di bawah Program Subsidi Upah 4.0, majikan boleh membuat permohonan subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji, terhad kepada 500 pekerja bagi satu perusahan atau syarikat. 


Matlamat Program Subsidi Upah

Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang terpaksa menutup operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hlang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.


Tempoh Pelaksaan

Program Subsidi Upah 4.0 akan dibuka bagi dua bulan pertama mulai 1 Ogos 2021 kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi dua bulan berikutnya, subsidi akan diberikan secara khusus kepada sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.


Kadar Subsidi

Sejumlah RM600 bagi setiap pekerja. 


Syarat-syarat

  1. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020. 
  2. Tiada had gaji ditetapkan bagi program ini (sebelum ini had gaji ialah RM4,000).
  3. Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Tarikh Permohonan

Bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, sila rujuk ke laman web PERKESO pada pautan di bawah;

Post a Comment

0 Comments