Permohonan Bantuan Barangan Makanan Untuk Pelajar



Khas untuk pelajar-pelajar Selangor yang sedang melanjutkan pengajian di mana-mana  Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh membuat permohonan bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan yang dimaksudkan ialah Bantuan Mahasiswa Selangor. Bantuan ini adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan inisiatif ini. Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada lebih 7,500 mahasiswa di seluruh Negeri Selangor. 


Inisiatif Bantuan Mahasiswa Selangor 

Bantuan Mahasiswa Selangor adalah bantuan yang berbentuk barangan makanan dan keperluan asas untuk mahasiswa yang berada di kampus yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bantuan ini juga merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan dan Kebajikan Mahasiswa Anak Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan sedikit beban pelajar anak Negeri Selangor yang berada di kampus masing-masing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.  


Syarat Permohonan

Setiap pelajar yang ingin membuat permohonan mestilah mengikuti syarat asas seperti berikut:

1. Pelajar merupakan kelahiran Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor.

2. Pelajar masih meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi                Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.


Cara Membuat Permohonan 

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Layari pautan https://forms.office.com/r/W6bsm1XzF5.

2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

3. Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan. 

4. Klik butang 'Submit' untuk menghantar permohonan.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-5521 2303 / 03-5544 7073 atau menghantar email ke unitpendidikantinggi@selangor.gov.my.

Post a Comment

0 Comments