Tarikh Pembayaran Bantuan i-Sinar Bermula Jun 2021

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan Jun 2021. Untuk pembayaran bulan Mei, para pencarum serta ahli KWSP telah pun menerima pembayaran penuh pada bulan tersebut mengikut pada batch masing-masing.
Sila ikuti segala penerangan dan maklumat lengkap berkaitan dengan pemberian i-Sinar yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.
TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN JUN 2021
Mengikut pada jadual baru i-Sinar, para penerima bagi kategori 1 akan dibayar dahulu kemudian diikuti dengan kategori 2.
Untuk makluman, pembayaran i-Sinar bagi bulan Jun dijangka akan mula disalurkan bermula pada 01 Jun 2021 dan akan di bayar secara berperingkat mengikut pada batch masing-masing. Menurut sumber daripada KWSP melalui i-Akaun, pembayaran bagi seterusnya akan bermula seperti berikut:
- Pembayaran dijangka akan bermula pada 01 Jun 2021.
- Proses pembayaran adalah secara beperingkat mengikut batch.
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut.
- Pembayaran ini adalah hanya untuk mereka yang memohon i-Sinar pada bulan Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
- Jadual penuh bulan Jun akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN APRIL & MEI 2021
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran bagi i-Sinar untuk bulan April & Mei 2021:

SOALAN LAZIM
Bilakah pembayaran i-Sinar pada Bulan Jun?
- Untuk bulan Jun, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. Sila rujuk jadual ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut.
Kenapa pembayaran i-Sinar saya gagal kredit?
- Pembayaran yang gagal ada beberapa kemungkinan, antaranya disebabkan akaun penerima salah satu nombor ataupun tidak aktif.
Mengapa saya masih tidak dapat bayaran bagi bulan Mei 2021?
- Sila hubungi pihak KWSP atau pergi ke KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda.
Dalam pelaksanaan PKP pada ketika ini, adalah dinasihatkan kepada semua ahli KWSP untuk membuat semakan melalui i-Akaun secara online sahaja. Lebih mudah dan selamat.
Post a Comment
0 Comments