Permohonan Pengeluaran Duit KWSP RM10,000 Kini Dibuka!



Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan berita gembira kepada seluruh ahli dan para pencarum yang mana berkaitan dengan pengeluaran duit iSinar yang terbaru. 


Sebelum ini, pihak KWSP hanya mengumumkan secara umum di mana ahli boleh mengeluarkan wang akaun 1 KWSP RM4,000 sehingga RM10,000 melalui iSinar. Namun selepas iLestari, pihak KWSP telah membuka permohonan pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 dari akaun 1 melalui iSinar. 


Ikuti cara memohon dan syarat kelayakan yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan KWSP sehingga RM10,000. 


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakan baru adalah seperti berikut: 

  1. Ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan Warganegara).
  2. Berumur di bawah 55 tahun.
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun KWSP boleh melakukan pengeluaran wang tunai dari akaun 1 mereka. 

CARA MEMOHON
  • Sila layari portal rasmi iSinar dan klik PERMOHONAN BARU
  • Pilih situasi anda dengan menjawab YA atau TIDAK
  • Sila isikan nombor MyKad atau MyPR dan nombor telefon anda dan kemudian klik TERUSKAN
  • Sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  • Tetapkan Amaun Pilihan dan Bayaran Bulan Pertama dan kemudian tekan TERUSKAN.
  • Lengkapkan Maklumat Pengurangan Pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.

  • Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR
  • Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses. 

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran iSinar akan dilakukan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. 



Sekiranya anda tidak menghantar dokuman yang diperlukan, kemungkinan besar permohonan anda tidak akan dilayan. Untuk makluman, permohonan akan dibuka sehingga 30 Jun 2021. 



Post a Comment

0 Comments