Pemerkasa Plus: Moratorium Automatik B40 & Golongan Terjejas



Berita baik bagi mereka yang menantikan moratorium, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan serta komitmen penuh untuk memberikan bantuan bayaran balik pinjaman dan moratorium.


Moratorium Secara Automatik

Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP disebabkan pandemik Covid-19 akan diberi dua pilihan pakej bantuan bayaran balik pinjaman:

1. Mendapatkan kelulusan moratorium automatik selama 3 bulan atau,

2. Mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Tarikh Pelaksanaan

Moratorium automatik ini akan mula dilaksankan pada bulan Jun 2021.


Cara Membuat Permohonan Moratorium Automatik

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan moratorium automatik:

1. Peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan pakej bantuan bayaran balik pinjaman.

2. Bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari untuk peminjam individu dan 14 hari untuk peminjam PKS.

3. Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan atau menghadapi kesukaran dalam berurusan dengan bank, mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau mengisi borang aduan di bnm.my/RAsurvey


Maklumat Lanjut

Sekiranya anda tidak tahu untuk memilih moratorium mana yang sesuai untuk anda, anda boleh menghubungi AKPK melalui https://services.akpk.org.my/. Maklumat penuh berkaitan moratorium, boleh layari laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html



Post a Comment

0 Comments