SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Sehingga RM100 Ribu




Individu atau usahawan yang Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperkenalkan skim iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, matlamat pelaksanaan SPUR adalah untuk membantu individu Bumiputera yang ingin atau telah menceburi bidang perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.


Antara objektif pelaksaan SPUR salah satunya untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan, menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan, memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputra kekal berdaya saing dan berdaya tahan serta mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.


MANFAAT SPUR

  • Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahwan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  • Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif.
  • Ibra' (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).

JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada pemohon bermula dari RM50,000 sehingga RM100,000 selama 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.




KADAR KEUNTUNGAN 

Kadar keuntungan yang ditetapkan untuk pembiayaan SPUR adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan.


SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk pemohon yang ingin membuat permohonan SPUR:


  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi kesan daripada COVID-19
  • Individu berumur di antara 18 hingga 55 Tahun ketika memohon.

SYARAT KELAYAKAN PERNIAGAAN

Berikut dikongsikan syarat perniagaan untuk pemohon yang ingin membuat permohonan SPUR:


  • Individu atau usahawan tersebut ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020)
  • Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Syarikat dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  • Syarikat adalah entiti milikan tunggal/ perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/ Sendirian Berhad.
  • Perniagaan dilakukan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  • Perniagaan adalah dalam bidang peruncitan/ pemborongan/ pembuatan dan kejuruteraan.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Buka laman web PUNB di https://www.punb.com.my/
  • Klik butang "Pendaftaran"
  • Masukkan no kad pengenalan dan klik bahagian "Semak Kad Pengenalan Anda"
  • Isi maklumat diri dan klik butang "Hantar"
  • Setelah mendaftar, muat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.
  • Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen untuk pernigaan yang telah beroperasi:

  • Surat/ bukti pemberhentian kerja
  • Rancangan Perniagaan (Pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan)
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  • Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/ akaun gaji ketika membuat permohonan)
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempih 3 bulan.
  • Lesen perniagaan dari majlis/ lesen khas/ perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan
  • Pendaftaran syarikat
  • Bagi pendaftaran Enterprise, sila sertakan Borang D (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Perkongsian Lialibiti Terhad (LLP)
  • Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M & A atau seksyen 17, 78, 46(3), 58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang sama.

Dokumen untuk yang baru memulakan perniagaan dengan konsep/ idea yang menarik:

  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  • Surat/ bukti pemberhentian kerja
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata akaun individu/ akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.


MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300-13-7862 atau hantar emel ke customerservice@punb.com.my


Post a Comment

0 Comments