[RASMI] : Senarai Penuh BPR Tambahan Bagi Golongan Isi Rumah & Bujang Bermula Jun 2021



Untuk makluman anda semua, baru sahaja sebentar tadi YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai penuh bantuan yang bakal disalurkan berikutan daripada pengunguman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang akan mula dilaksanakan bermula pada esok hari iaitu 01 Jun 2021. 


Oleh yang demikian, melalui perutusan daripada YAB Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu berita baik buat seluruh rakyat Malaysia yang mana Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan ataupun BPR Plus akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan yang mana akan memperuntukkan sehingga 2.1 billion ringgit. Tujuan utama lanjutan Program BPR Plus ini adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rakyat. 


 Ikuti artikel yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui senarari penuh serta jumlah tambahan bantuan BPR yang baharu untuk tahun 2021.


BPR TAMBAHAN RM500 UNTUK ISI RUMAH


Untuk makluman semua, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan nilai tambahan BPR sebanyak RM500 ringgit bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500. Manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima bayaran tambahan BPR akan menerima kadar bantuan sebanyak RM300 ringgit. 


BPR TAMBAHAN RM100 UNTUK GOLONGAN BUJANG


Untuk golongan bujang pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM100 ringgit kepada mereka yang layak. 


TARIKH BPR TAMBAHAN DISALURKAN


Untuk makluman semua, bayaran tambahan BPR ini akan mula disalurkan ke dalam akaun penerima bermula pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini adalah merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak yang berjumlah sebanyak 2.4 bilion ringgit.

Post a Comment

0 Comments