RASMI : Bantuan Laptop & Internet Percuma Untuk B40 Tahun 2021


 

Berita baik buat anda semua kerana Menteri Pengajian Tinggi iaitu YAB Dato' Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop dan Internet Percuma untuk para pelajar daripada golongan B40 pada Oktober yang lalu. 


Untuk makluman, ianya adalah merupakan bantuan serta inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan para pelajar terpaksa untuk terpaksa meneruskan sesi pembelajaran daripada rumah secara online. 


Bantuan Laptop dan Data Percuma ini adalah disasarkan untuk semua para pelajar yang datang daripada golongan keluarga B40 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Diharapkan dengan adanya bantuan ini, para pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran daripada rumah dengan lebih selesa dan sempurna. 


CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA


Untuk pengetahuan anda, bagi bantuan ini para pelajar juga tidak perlu untuk melakukan sebarang permohonan dan pihak Universiti yang akan menghubungi para pelajar yang layak. 


Bagi para pelajar yang layak, mereka akan menerima komputer riba secara percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi para pelajar yang memperolehi laptop. 


Para pelajar akan menerima bantuan ini secara berperingkat bermula pada November 2020. 


CARA MEMOHON BANTUAN PELAN DATA


Untuk bantuan pelan data percuma ini pula, para pelajar daripada keluarga B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak HEP akan menghubungi para pelajar tersebut berdasarkan kelayakan atau para pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing. 


Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, terdapat juga pihak universiti yang memberikan secara terus dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun anda). 


CARA MEMOHON PAKEJ DATA PELAJAR


Untuk makluman, jika anda menginginkan harga istimewa yang ditawarkan ini anda boleh lah terus pergi ke kedai telco Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan yang berhampiran dengan kawasan anda dengan mengemukakan kad pengenalan dan ID kad pelajar anda. 


CELCOM


DIGI



MAXIS





Post a Comment

0 Comments