JARINGAN PRIHATIN: Bantuan Telefon Pintar RM300 & Data Percuma RM180 Setahun Untuk B40


Jaringan Prihatin adalah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi mendapatkan bantuan pembelian peranti dan data internet.
Program ini memperuntukkan sebanyak 3.5 bilion dan merupakan pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang telah diumumkan pada Februari lalu bertujuan untuk membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
JARINGAN PRIHATIN
Jaringan Prihatin merupakan kerjasama di antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Dengan mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak terutama yang bersekolah, sebanyak RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA dan menjadikan nilainya 2.0 bilion daripada 1.5 bilion sebelum ini.
Syarikat-syarikat komunikasi juga menawarkan faedah tambahan bernilai 1.5 bilion menjadikan faedah keseluruhan kepada penerima-penerima BPR bernilai 3.5 bilion.
MANFAAT JARINGAN PRIHATIN
Penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, sama ada pakej peranti atau pelan data bulanan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT


Post a Comment
0 Comments