Info Semasa
Pembayaran BPR Tunai Bermula 17 Mei 2021
Pembayaran BPR fasa 2 telah dikreditkan ke akaun penerima bermula 7 sehingga 12 Mei 2021. Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penuntutan wang tunai hendaklah di buat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional bermula pada 17 Mei 2021 dengan menunjukkan No Baucar yang tertera pada maklumat pembayaran BPR anda.
CARA MEMBUAT SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan nombor baucar BPR Fasa 2:
1. Buka laman rasmi BPR dan log masuk di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang "Semak"
3. Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan
4. Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian "No Baucar"
5. No Baucar BPR Fasa 2 akan dipaparkan dan No Baucar ini akan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai BPR, anda boleh rujuk melalui
1. Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi - 5:00 Petang)
3. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 Pagi - 5:00 Petang)
4. Pergi ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Post a Comment
0 Comments