Boost eWallet: Cara Mendaftar & Penebusan Kredit eBelia RM150




Boost eWallet terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif eBelia. Program ini akan dilancarkan bermula 1 Jun 2021 dan kepada yang memilih Boost untuk menebus kredit eBelia, mereka berpeluang untuk mendapat pulangan dalam bentuk cashback dan bonus.

Cara Mendaftar Aplikasi Boost

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar aplikasi Boost:

  1. Muat turun aplikasi melalui Google Play atau Apple Apps Store
  2. Buka aplikasi Boost
  3. Klik pada "Register"
  4. Masukkan nombor telefon
  5. Kemudian Boost app akan menghantar sms dengan kod tac 6 digit. ( Jika anda tidak menerima SMS, klik pada "Did not receive SMS" dan boost app akan hantar semula SMS.)
  6. Masukkan nama
  7. Masukkan alamat e-mel anda
  8. Sediakan kata laluan supaya memudahkan anda log masuk ke akaun Boost
  9. Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
  10. Masukkan invite code (sekiranya ada) untuk dapatkan tamabahan bonus RM5
  11. Pilih telco anda
  12. Pilih wallet pilihan anda - BASIC (dengan had wallet RM200) atau PREMIUM (dengan had wallet RM1,500. Jika anda pilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda
  13. Anda perlu membuat transaksi minimum RM10, membolehkan anda membuat penghantaran wang kepada seseorang menggunakan nombor telefon bimbit.

Cara Menebus Kredit eBelia RM150 Melalui Boost

Berikut dikongsikan cara untuk menebus kredit eBelia RM150 melalui Boost:

  1. Install & daftar sebagai pengguna Boost
  2. Upgrade kepada Boost Premium
  3. Sahkan atau verify akaun Boost
  4. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  5. Klik "Get Ready To Claim eBelia" dan ikut arahan yang diberikan
  6. Claim e-Wallet RM150 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 1 Jun 2021




Maklumat Tambahan

Untuk pengguna Boost baru, sila muat turun dan daftar akaun Boost. Setelah itu, sahkan dan naiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun. Manakala bagi pengguna Boost sedia ada, pastikan anda telah sahkan akaun dan dinaiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun bagi memudahkan proses tuntutan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan aplikasi Boost, anda boleh layari laman web rasmi Boost di https://www.myboost.com.my/


SUMBER: mingguankerja.my, harianpost.my

Post a Comment

0 Comments