Bantuan Tambahan RM1,000 Bermula Jun 2021
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diperkenalkan lagi oleh pihak kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang penuh dengan cabaran ini.
Kali ini pasukan Salam Kerjaya akan kongsikan kepada anda berkaitan dengan maklumat terkini tentang GKP 3.0 ini.
APA ITU GKP 3.0?
GKP 3.0 adalah merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengerluaran dan perkhidmatan.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 3.0?
Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 - RM1,000 (One-Off)
- Lulus permohonan baharu GKP 3.0 - RM1,000 (One-Off)

Post a Comment
0 Comments