MGID ads

Bantuan Khas RM500 Untuk B40 Bermula Jun 2021

 


Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Tambahan RM500 untuk golongan B40 dan penerima BPR melalui Program PEMERKASA. 


Ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Bantuan Tambahan RM500 ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 


BANTUAN KHAS RM500 UNTUK B40



Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA telah diperkenalkan bagi tujuan untuk membantu golongan B40 yang masih terjejas ketika PKP ini yang berumur 21 hingga 60 tahun. 


Bantuan Khas (Tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan sumber serta punca pendapatan. 


Pihak kerajaan juga turut mengumumkan kenaikan Bantuan Kredit eWallet RM150 daripada RM100 sebelum ini. 


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan tambahan RM500 ini aialah:

  1. Rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun 
  2. Terdiri daripada golongan B40
  3. Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah atau 
  4. Kehilangan punca pendapatan

CARA MEMOHON

Untuk bantuan ini, tiada proses permohonan dan pendaftaran yang perlu dilakukan. 

Sebaliknya, pihak kerajaan akan membuat pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. 

Mereka yang layak akan mula menerima bantuan ini bermula pada Jun 2021 yang mana bantuan ini akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun para penerima masing-masing. 



Post a Comment

0 Comments