PEMERKASA: Subsidi RM300 Pembelian Telefon Pintar Dan Peranti Baharu Bermula MEI 2021!




Kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu kepada RM300 daripada RM180 dalam belanjawan 2021.

Bantuan ini disediakan kepada semua penerima BPR bagi merapatkan jurang digital golongan B40 ke arah pendigitalan negara menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SUBSIDI RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR DAN PERANTI BAHARU

Bantuan ini akan diterima oleh lapan juta orang dari golongan B40 dan disediakan dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai pembelian telefon pintar dan peranti baharu.

Di samping itu, Perdana Menteri juga menyeru syarikat-syarikat telekomunikasi agar menawarkan pakej internet mampu milik serta meneruskan kuota tambahan.

KATEGORI LAYAK

Di bawah Program PEMERKASA, kerajaan akan memberikan RM300 khusus kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

TARIKH BANTUAN RM300

Program ini dijangka akan bermula pada awal MEI 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi bagaimana untuk membuat permohonan subsidi RM300 pembelian telefon pintar dan peranti baharu. Namun, akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Post a Comment

0 Comments