Permohonan Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40, M40 Dan PKS Sehingga 30 Jun 2021!




Untuk pengetahuan anda, Bantuan Bayaran Balik Bersasar dan Lanjutan Moratorium Maybank akan disediakan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan lanjutan setelah moratorium mereka tamat seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul.


Tempoh pelaksanaan bantuan ini bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 30 Jun 2021.


LANJUTAN MORATORIUM MAYBANK UNTUK B40

Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank

Pakej ini mempunyai pelbagai pilihan bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang telah kehilangan pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.


Seperti yang telah diumumkan sebelum ini melalui belanjawan 2021 dan Bank Negara Malaysia, bantuan ini disasarkan kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Mikro.


Pemohon boleh memilih jenis bantuan moratorium yang diinginkan sama ada:-

  • Tangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang layak bagi tambahan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar adalah:-

  • Individu B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

*Hanya pemohon yang pinjaman atau pembiayaannya yang dilulusan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari.


BANTUAN BAYARAN BALIK

Kepada M40 yang berdaftar di pangkalan BPN, hanya dokumen atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan bayaran balik


Contoh-contoh dokumen:-

Pemohon yang bergaji:

  • Slip Gaji 1 Bulan

Pemohon yang bekerja sendiri:

  • Sekiranya akaun utama di Maybank, dokumen lain tidak diperlukan
  • Sekiranya akaun utama di bank lain, anda perlu sedia penyata bank 3 bulan yang terkini
  • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan bagi permohonan
  • Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:-

  • Buka laman web Maybank di https://www.maybank2u.com.my/
  • Klik COVID-19 Assistance
  • Kemudian pilih kategori berdasarkan kelayakan anda B40 - TRA & M40 - RA
  • Klik SEND EMAIL FOR TRA atau SEND EMAIL FOR RA atau emelkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke weassist@maybank.com
  • Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh masa 5 hari setelah pihak maybank menerima permohonan beserta dengan dokumen yang lengkap
  • Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon, emel atau sms.




CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK UNTUK PKS

Kepada PKS, hantarkan emel ke SMErelief@maybank.com dan sertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh hubungi talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 atau +603-7844 3696 (luar negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.


Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments