Pembayaran i-Sinar April 2021 Kategori 2 Telah Bermula ~ Semak Tarikh Pembayaran Anda



Untuk makluman, pembayaran i-Sinar bagi kategori 2 telah dilaksanakan pada 8 Mac 2021 yang lepas. Pembayaran secara berperingkat tersebut kini bakal disambung pada bulan April 2021. 


Majoriti mengetahui bahawa program / inisiatif i-Sinar iaitu inisiatif dan usahasama pihak kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya bagi pencarum yang terkesan akibat penularan wabak pandemik Covid-19.


Justeru, bagi i-Sinar kategori 2 pembayaran pada bulan April kini telah bermula. 


SEMAKAN TARIKH i-SINAR KATEGORI 2 APRIL 2021


Pembayaran bagi bulan April telah bermula pada 7 April 2021 iaitu tarikh yang bersamaan dengan hari akhir pembayaran i-Lestari KWSP serta permohonan baharu bagi Geran Khas Prihatin 3.0.


Untuk makluman, pembayaran i-Sinar kategori 2 ini tertakluk kepada kumpulan / batch masing-masing. Anda boleh melakukan semakan tarikh pembayaran melalui i-Akaun KWSP anda. 


Berikut adalah merupakan salah satu contoh paparan jadual pembayaran yang terdapat pada i-Akaun serta screenshoot kemasukan duit i-Sinar ke akaun bank. 

Seperti yang kita lihat pada gambar di atas: 
  • Pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada 7 Julai 2021, ini bermakna pembayaran pada bulan April juga sama iaitu pada 7 April 2021.
  • Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit. 
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April bermula 7 April 2021 dan seterusnya mengikut batch anda. 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS i-SINAR MELALUI i-AKAUN

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya. 
  1. Buka apps i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member 
  2. Sila login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
  3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
  4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
  5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi  Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web i-Sinar. 

Post a Comment

0 Comments