Pantang Larang Dalam Menjawab Soalan "Tell Me About Yourself"




"Tell Me About Yourself" adalah salah satu soalan wajib dan sememangkan akan ditanya ketika ditemuduga. Amat jarang sekali soalan ini tidak ditanya kerana ini adalah pembuka kata kepada proses temuduga seterusnya.


Setiap jawapan yang diberi melalui soalan ini boleh menunjukkan siapakah diri anda sebab soalan ni membuatkan ramai orang tergagap ketika menjawabnya dan akan memberikan impression kepada majikan bahawa anda seorang yang bagaimana.


Berikut dikongsikan beberapa pantang yang anda mesti elakkan ketika menjawab soalan "Tell Me About Yourself"


Ulang Balik Apa Yang Ada Dalam Resume!

Soalan ini ditanya bukannya sebab majikan seorang yang malas untuk membaca profail anda tetapi sebaliknya majikan ingin menguji bagaimana anda menjawab soalan sama ada kena atau tidak dengan apa yang dia harapkan.


Elakkan jawab dengan beritahu nama penuh, umur, tinggal mana, bilangan adik beradik dan segala info peribadi yang boleh di baca dalam resume. 


Ceritakan Hobi Sendiri Tetapi Tidak Berkaitan Dengan Kerja Yang Dimohon

Terlampau yakin dengan menjawab soalan dari majikan sehingga lupa hobi yang dicakap tidak kena mengena dengan jawatan yang dimohon. Ini boleh membuat majikan berfikir yang anda syok sendiri.


Lainlah kalau hobi dan minat anda ada kena mengena dengan kerja dan itupun anda kena pandai susun ayat biar majikan rasa anda ni seorang yang bersungguh-sungguh dengan jawatan yang dimohon.


Contohnya anda mohon jawatan sebagai sebagai Digital Marketing, dan hobi anda adalah selalu update berkenaan isu semasa di media sosial. Di sini majikan boleh nampak yang anda seorang yang pandai hubungkan hobi dengan pekerjaan.


Beritahu Pengalaman Kerja Tetapi...'

Ceritakan pengalaman semua tentang pengalaman kerja anda memang bagus tetapi majikan ingin tahu apa pengalaman yang anda ada dan pastikan ceritakan sekali pencapaian anda semasa anda kerja dulu.


Tekankan pencapaian tertinggi yang anda pernah capai semasa kerja dulu dan segala jenis skill yang anda telah belajar. Bila anda jawab begini, majikan akan fikir yang anda boleh membawa syarikat ini lebih maju ke hadapan.


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.


SUMBER: blog.maukerja.my

Post a Comment

0 Comments