Kami Kongsi 5 Perkara Yang Wajib Ada Pada Graduan Sebelum Melangkah Ke Alam Pekerjaan




Graduan yang baru mencari peluang pekerjaan memerlukan panduan. Oleh itu, 5 perkara akan kami kongsikan kepada anda semua sebelum melangkah ke alam pekerjaan

1. Kenali Kekuatan dan Kelemahan Diri


Pertama sekali kena ambil tahu dan kenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Seterusnya tumpukan ke arah kerjaya yang anda sukai dan minat berdasarkan kelebihan anda. Dengan mengenali diri sendiri anda akan meletakkan diri anda lebih ke hadapan berbanding orang lain yang berada di tahap kerjaya yang sama.

2. Luaskan Pengalaman Dan Kemahiran


Kalau boleh luaskan pengalaman dan tambah kemahiran-kemahiran baru yang boleh menambah nilai diri anda. Ia juga memberi nilai yang lebih tinggi kepada syarikat dan akan memudahkan anda mencapai pangkat yang lebih besar.

3. Berani Mencabar Diri


Anda mesti berani mengambil risiko ketika muda, ia memberikan kebaikan kepada diri. Kegagalan di usia muda adalah perkara biasa dan jika anda berjaya mengatasinya, anda dapat menikmati kejayaan yang lebih besar. 

4. Berani Mencuba Pelbagai Kerja


Berani mencuba pelbagai kerja yang baru dan jangan abaikan kerjaya anda sekarang kerana tidak selari dengan perancangan masa hadapan anda. 


5. Bina Kerjaya Demi Masa Depan


Setiap kerjaya yang anda pilih terletak di tangan anda dan anda juga yang akan menentukan status kerjaya anda di kemudian hari. Jangan tentukan pekerjaan anda disebabkan oleh kehendak inividu lain dan anda kena yakin dengan diri sendiri. 

SUMBER: ENGAGEPEOPLE.MY

Post a Comment

0 Comments