Tarikh Rasmi Bayaran Akhir i-Lestari KWSP Bulan April 2021 ~ Semak Sekarang!


 

Bagi mereka yang telah melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Sekiranya anda masih belum menerima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemaskini akaun bank di portal i-Lestari Online atau terima cek jurubank dari KWSP. 


Pasti ramai daripada anda yang sudah tidak sabar bukan untuk mengetahui bilakah tarikh bayaran i-Lestari untuk bulan April ini? Sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikh bayaran i-Lestari untuk bulan April ini. 


BAYARAN TERAKHIR i-LESTARI


Untuk makluman anda, pembayaran i-lestari bagi bulan April adalah merupakan bayaran terakhir yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran bulanan i-lestari yang akan dilakukan ke akaun para pemohon. 


Namun, ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 KWSP masih boleh untuk melakukan permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar yang dibuka sehingga 30 Jun 2021. 


Anda tidak perlu risau kerana tiada sebarang syarat dikenakan untuk buat pengeluaran i-Sinar. Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya simpanan kurang daripada RM100,000 manakala pengeluaran maksimum RM60,000 jika baki akaun lebih daripada RM100,000.


TARIKH BAYARAN i-LESTARI BULAN APRIL


Untuk pengetahuan anda, bayaran i-lestari untuk bulan April 2021 akan dibayar mengikut jadual pembayaran sebelum ini iaitu:

  • Bermula pada 1 April 2021

Sila semak jadual lengkap pembayaran i-Lestari bulan April di bawah:



CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN i-LESTARI KWSP

Bagi ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan semakan baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:
  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal / Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
  • Semakan status boleh dilakukan secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
  • Klik pada kotak 'saya bukan robot' dan klik butan SEMAK

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922 4848

Post a Comment

0 Comments