[RASMI] : Tarikh & Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 Untuk Peniaga Seluruh Malaysia
Untuk pegetahuan anda, semasa Belanjawan 2021 berlangsung, pihak kerajaan telah pun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan yang diberikan kepada para peniaga dan penjaja di negeri Sabah.
Namun, disebabkan oleh pertambahan penularan kes wabak pandemik yang melibatkan kesemua negeri telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan ramai para peniaga.
Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej bantuan Permai dan telah memperluas inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan para peniaga dan PKS di seluruh negara. Untuk mengetahui tarikh semakan dan bayaran GKP Tambahan ini sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.
GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN
Pasti ramai para peniaga dan PKS yang sudah tidak sabar untuk mengetahui bilakah tarikh bayaran GKP Tambahan yang bernilai RM1,000 ini bukan? Sebelum anda tahu mengenai tarikh bilakah GKP Tambahan ini akan diberikan adalah lebih baik jika kita ketahui serba sedikit mengenai GKP Tambahan ini.
Untuk pengetahuan anda, GKP Tambahan adalah merupakan bantuan tambahan secara one-off yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum anda diberikan bantuan GKP Tambahan ini:
- Penerima yang lulus GKP 1.0
- Penerima yang lulus GKP 2.0
- Pemohon rayuan GKP yang lulus
- Tarikh Bayaran GKP Tambahan : 25 Mac 2021 (Khamis)

- PKS Mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - RM1,000
- PKS Mikro bagi lain-lain negeri - RM500
- Akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini
- Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Post a Comment
1 Comments
Tuan saya perlu bantuan kewangan untuk perniagaan saya
ReplyDelete