Bantuan Tab Android Percuma Untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah B40 2021


 

Pasti ramai di antara ibu bapa yang berasa risau akibat daripada sistem pembelajaran secara atas talian yang terpaksa dijalani oleh anak-anak mereka berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Apa tidaknya, untuk mengikuti dan menjalani pembelajaran secara atas talian haruslah memerlukan peranti yang baik seperti handpone ataupun tab untuk memudahkan proses pembelajaran. 


Untuk pengetahuan anda, terdapat satu berita baik buat golongan keluarga yang tergolong dalam golongan B40 dan pemohon BPN kerana kini anda boleh untuk meminta bantuan tablet android 2021 untuk anak-anak anda. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. 


TABLET PERCUMA 2021 INI DARIPADA SIAPA?


Untuk makluman, bantuan tablet android percuma ini adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Port Dickson bagi membantu para pelajar agar tidak keciciran ataupun ketinggalan dalam mendapatkan akses pendidikan ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara atas talian. 


Melalui inisiatif bantuan ini, sekiranya anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan maka anda akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android. 


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN INI?

  • Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Tingkata 1 hingga Tingkatan 6

SYARAT KELAYAKAN
  • Terbuka kepada keluarga warga / penduduk / pengundi di Port Dickson
  • Pendapatan keluarga di bawah B40 dan merupakan pemohon BPN
  • Mempunyai asas dalam penggunaan komputer atau internet.

CARA MEMOHON

Disebabkan bantuan peranti ini adalah sangat terhad maka semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. 

Berikut adalah merupakan cara untuk memohon secara online:



1. Sila pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online - Mohon DI SINI
2. Sila pilih sama ada anda adalah merupakan penerima BPN atau tidak dan klik 'next'
3. Sila lengkapkan maklumat murid dan klik 'next'
4. Lengkapkan maklumat keluarga dan klik 'submit'
5. Permohonan anda telah berjaya dihantar

Post a Comment

0 Comments