Semakan Online
Bantuan I-Suri KWSP RM480 Suri Rumah, Balu dan Ibu Tunggal


Bantuan I-Suri merupakan bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.




BANTUAN I-SURI KWSP
Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
- Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
- Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
- Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
- Bantuan hilang upaya.
- Pengeluaran simpanan.
- Insentif kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat telah ditetapkan kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).

Siapa yang boleh mencarum?
- Suami bagi pasangan yang layak
- Diri sendiri (isteri)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
- Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.
PEMBAYARAN CARUMAN
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.
MAKLUMAT LANJUT
- Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000
- Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/

Post a Comment
0 Comments