TERKINI : Pengeluaran i-Sinar KWSP Tanpa Syarat ~ Kelulusan Automatik Untuk Semua Pemohon!



Berita baik buat anda semua mereka yang merupakan pencarum dan pemohon KWSP kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses untuk melakukan pemansuhan syarat i-Sinar. Hal ini adalah berikutan daripada nasihat Perdana Menteri yang mengambil kira maklum balas pihak awam. 


Untuk makluman, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada. 


Manakala bagi para pemohon yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa seperti kategori 1 dan kategori 2, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi. 


JUMLAH PENGELUARAN & JADUAL i-SINAR


Untuk pengetahuan anda, bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100.00 dan ke bawah mereka boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran ini akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000. 


KENYATAAN MEDIA MENTERI KEWANGAN 



MAKLUMAT TAMBAHAN


Berikutan dengan perubahan yang dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar online, pihak KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini. 


Penguguman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh pihak KWSP dan pihak kerajaan sangat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan kepada sistem ini dilakukan. 

Post a Comment

0 Comments