[RASMI] : Semakan Status i-Sinar Kategori 2 Dibuka Bermula Hari Ini
Untuk pengetahuan anda, semakan untuk KWSP i-Sinar kategori 1 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP boleh dilakukan bermula pada 4 Januari yang lalu). Semalam, pihak KWSP memaklumkan bahawa terdapat beberapa kesalahan teknikal berhubung dengan paparan status i-Sinar.
Kenyataan tersebut menyusul selepas beberapa jam kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas para pemohon melakukan semakan pada Ahad malam. Untuk makluman, semakan bagi i-Sinar kategori 2 boleh dibuat semula bermula jam 8 pagi pada 8 Februari.
Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan status i-Sinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my
CARA SEMAKAN MELALUI PORTAL i-SINAR
Untuk melakukan semakan status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti segala langkah seperti di bawah ini:
- Sila layari laman web rasmi i-Sinar KWSP di sini : https://isinar.kwsp.gov.my/
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021

- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada peti mesej atau inbox
- Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan.

- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank milik anda.
- Anda boleh melakukan semakan baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-akaun atau cawangan atau kiosk KWSP yang terdekat.
Post a Comment
0 Comments