[RASMI] : Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari Sehingga RM500 Sebulan
Untuk pengetahuan anda, pengeluaran i-Lestari sebenarnya berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Hal ini bermakna, bagi anda ahli KWSP anda boleh melakukan pengeluaran i-Lestari anda.
Jika anda belum melakukan pengeluaran dan berhasrat untuk membuat pengeluaran i-Lestari, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk melakukan pengeluaran secara online. Anda tak perlu risau sekiranya permohonan i-Sinar anda tidak diluluskan kerana anda boleh melakukan pengeluaran i-Lestari berjumlah daripada RM50 sehingga RM500.
MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
- Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
- Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500
- Layari laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/
- Klik PERMOHONAN BAHARU
- Sila isikan Nama Penuh, No MyKad, No Telefon Bimbit, Alamat email, Alamat dan Poskod
- Pilih jumlah amaun dipohon sebulan (RM)
- Pilih bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan yang aktif
- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
- Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
- Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.

- Sila pastikan bahawa maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh pihak KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar setelah permohonan anda dihantar.
- Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
- Layari laman Semakan Status i-Lestari
- Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
- Klik SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

Post a Comment
0 Comments