GKP 1.0 & 2.0: Kemas Kini Akaun Bank Kini Dibuka Sehingga 15 Mac Sahaja!

Kepada penerima Geran Prihatin Khas (GKP) 1.0 & 2.0 yang statusnya adalah gagal kredit, kini anda boleh membuat pengemaskinian maklumat akaun bank bermula 15 Februari ini.


GKP 1.0 & 2.0

Pemohon yang perlu membuat pengemaskinian adalah yang berstatus gagal kredit sebelum ini. Oleh itu, pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukannya akaun bank semasa syarikat.


Pengemaskinian juga perlu dibuat agar membolehkan pembayaran GKP tambahan yang dijangka akan dikreditkan ke akaun bermula Mac 2021 ini.


Untuk negeri PKP, GKP tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.


CARA KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Berikut dikongsikan cara untuk mengemaskini maklumat akaun bank:-

1. Buka portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
2. Log Masuk seperti biasa.
3. Tekan kotak Semak.
4. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:-
  • Nama
  • Nombor Mykad
  • Status Permohonan
5. Tekan butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
6. Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat pengemaskinian maklumat GKP, anda boleh menghubungi :-

Post a Comment

0 Comments