i-Sinar KWSP Tanpa Syarat : Tarikh Semak Status Bayaran Bermula 8 Mac 2021 ~ Ini Yang Perlu Anda Ketahui
Berita baik buat anda semua yang merupakan pemohon i-Sinar KWSP kerana melalui pengunguman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang lalu akhirnya pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada berkongsi maklumat terkini tentang status kelulusan i-Sinar KWSP.
Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pengeluaran i-Sinar KWSP.
KWSP MEMUDAHKAN KELULUSAN i-SINAR
- Menurut pihak KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula pada 8 Mac 2021
- Hal ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.
- Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Namun begitu, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.



Post a Comment
0 Comments