Borang Permohonan Lengkap BPR 2021 Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Melakukan Permohonan ~ Download Di Sini

 


Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini dibuka melalui tiga kaedah permohonan. Bagi para pemohon yang tidak mahu melakukan permohonan secara online atau mengalami sebarang masalah, anda juga kini boleh melakukan permohonan secara manual. 


Borang permohonan BPR 2021 kini boleh didapati secara percuma sahaja di perkongsian ini. Untuk melakukan permohonan BPR 2021 secara manual, sila ikuti segala langkah yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini beserta dengan borang lengkap yang anda boleh muat turun sendiri dengan sangat mudah. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 


CARA MEMOHON BPR SECARA MANUAL


Berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk melakukan permohonan BPR 2021 secara manual melalui borang permohonan: 

  1. Download borang permohonan berkaitan di bawah. 
  2. Sila sediakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BPR 2021. 
  3. Lengkapkan borang permohonan yang dimuat turun. 
  4. Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan yang diperlukan secara manual di kaunter seperti Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah / Pejabat Residen. 
  5. Penghantaran borang dan dokumen juga boleh dilakukan secara Pos ke alamat berikut 
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800

DOWNLOAD BORANG LENGKAP PERMOHONAN BPR 2021 

Berikut adalah merupakan borang lengkap permohonan BPR 2021 yang anda muat turun secara percuma:

Borang Permohonan BPR 2021 - klik DI SINI

Borang Serahan Dokumen BPR 2021 - klik DI SINI

Borang Kemaskini Maklumat Asas BPR 2021 - klik DI SINI

Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021 - klik DI SINI

Para pemohon dinasihatkan untuk untuk melakukan permohonan BPR 2021 secara online sahaja jika tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengelakkan kesesakan berlaku di kaunter-kaunter perkhidmatan untuk permohonan BPR 2021. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan BPR 2021, anda boleh terus ke cawangan LHDN / PKH LHDNM / UTC LHDNM berdekatan atau berhampiran dengan anda atau menghubungi talian LHDN di 1-800-88-2747. 

Post a Comment

0 Comments